Posts

Showing posts from November 15, 2009

WAJAH-WAJAH PADA HARI ITU BERGEMBIRA

Image
Sudah pasti,air mata akan berkucuran dari genangan kelopak mata, lantaran kegembiraan dan kegirangan sang anak mendapat hasil dari jerih payah usahanya selama ini. Habis sudah kepenatan, tekanan, serabut dan pening yang sering berdatangan saban waktu. Kini anak-anak mampu tersenyum kegembiraan. Berhari-hari kegembiraan menggebu dihati, dibawa ke mana sahaja, sampai ke katil dan bilik air. Tangisan Gembira

Buletin ke 12 Tahun 2009

Image
Hari ini sempat dikeluarkan buletin Bimbingan dan Kaunseling, walaupun secara tergesa-gesa, dek mengejar waktu tamat persekolahan.

MAN JADDA WAJADA

Image
" Barangsiap Berusaha, Dia Pasti Dapat. " Yes....Siapa yang Berusaha, dia pasti dapat, itu janji Tuhan....dan yang tidak dapat seperti orang lain (yang cemerlang), dia juga pernah berusaha untuk mendapat yang ia dapat hari ini. Makanya, anak murid yang mendapat markah kurang bagus, dia tidak bersedih, malah tidak setitis air mata pun mengalir dari kelopak matanya...dia terima hasil usahanya selama ini dengan redha. Semoga Allah memasukan mereka ke dalam golongan Radhiallahu Anhum..Wa Radhu Anhu...Dzaa lika liman khasyi ya Rabbah

Terima Kasih Warga Kaunselor

Image
" Foto ;En.Khairuddin, Pegawai Hal Ehwal Murid JPN Selangor melihat hasil rumusan terakhir L8 sebelum dihantar ke Kementerian " L8 Negeri Selangor hari ini berjaya di satukan, walaupun memakan sedikit masa untuk mencari masalah. Sistem rumusan adakalanya tidak dapat memberikan jawapan terhadap nilai-nilai yang diberikan. Kami mencari apa sebabnya. Rupanya ada sahabat kita yang telah mengusik sistem L4 menyebabkan ianya berganjak sedikit. Perlu dimaklumi, walaupun hanya setapak, ia tetap merosakkan semua sistem. Dalam Negeri terdapat 11 buah sekolah yang gagal menghantar Laporan L4 ini. Namun Daerah Hulu Langat berjaya di selesaikan walaupun hingga ke saat akhir. Untuk tempoh akan datang, kemungkinan pihak Jabatan akan meminta laporan ini dalam masa enam bulan sekali.

MANFAATKAN EKSISTENSI BLOG ANDA

Image
DEWASA ini para pelajar kelihatan lebih hebat dari guru, mereka sudah mengenali apa itu myspace, facebook, YM, Blog dan sebagainya. Dalam masa yang sama, ramai para guru masih terkial-kial hendak menekan butang itu dan ini, apalagi menghantar sebuah fail kepada rakan mereka dalam bentuk attach file. Kaunselor Daerah Hulu Langat terkenal antara yang paling ramai memiliki prasarana blog peribadi. Terlepas dari perbicaraan, apakah blog tersebut benar-benar dimanfaatkan. Artikel ini mengajak kaunselor untuk berjinak-jinak dengan Blog, seterusnya menjadikanya sebagai media utama untuk menyampaikan maklumat, motivasi, dakwah, tips-tips berguna kepada para pelajar dan sebagainya. Dalam pada itu, perlahan-lahanlah mendekati facebook, semalam Perdana Menteri didalam Kosmo, mengatakan "saya sudah mempunyai facebook". Ini merupakan satu cabaran buat kita semua. Rata-rata memberi jawapan tidak ada masa, jika ditanya kenapa blog anda masih dalam kedaaan seperti setahun yang lalu. Haha. Ji

2012 Tahun Sekolah Bebas Dadah

Image
MUNGKIN bagi sesetengah antara kita gemar mempelajari sesuatu yang baru. Namun ada pula yang bukan tidak suka, tetapi tanggungjawab sehari-hari menghambat keinginan hati kecilnya. Salah satu cabang ilmu yang diperlukan oleh kaunselor dewasa ini ialah Ilmu Penyalahgunaan Dadah. Umum mengetahui gejala ini semakin subur berkembang dan bertambah rancak. Sedangkan kerajaan mewartakan tahun 2013 adalah Tahun Sekolah Bebas Dadah. Perlu di maklumkan bahawa, Negeri Selangor adalah antara negeri yang berada pada rangking teratas dalam jumlah penagih yang ramai, sementara Daerah Hulu Langat adalah yang paling tertinggi jumlah penagih. Dan Bangi Lama merupakan kawasan paling hitam dalam komuniti Hulu Langat. Justeru, berangkat dari fakta tersebut, kaunselor perlu giat menjalankan tanggungjawab secara bersungguh-sungguh untuk menyedarkan kepada para pelajar, bahawa penyalahgunaan dadah sangat besar impaknya di dalam kehidupan sebagai manusia. Majoriti kaunselor setakat ini belum mempunyai ilmu

Ku Temui Rakan Lama di FaceBook

Image
" Foto 1, Yuziani Yusuf, dulu wajahnya macam anaknya , sekarang sudah jadi ibu" Foto Kenangan zaman sekolah rendah. Foto ini sangat berharga, apalagi saya tidak ada menyimpannya, kecuali hari ini terjumpa di dalam facebook rakan-rakan lama . Semua wajah-wajah sudah berubah. Ingat masa sekolah dulu selalu kawan tu bawa minyak cap kapak. Kalau tak silap Nor Azlina namanya. Walaupun 20 tahun sudah berlalu, kalau lah terbau minyak cap kapak, memori silam waktu dibangku sekolah rendah pasti terlintas. Begitu indahnya di sekolah rendah, walaupun banyak suka dan duka. Gambar ini di rakam semasa perkhemahan di Kem Kijang Kota Bharu, jika tak salah tahun 1988. Kawan saya Nik Hanifuddin ada mencatat nama saya ada disini, namun saya sendiri kurang pasti, mana satu diri saya yang sebenarnya.hehe. Antara yang masih ingat di sekolah rendah ialah perkhemahan Qiamul Lail di sekolah bersama kawan-kawan dibawah pimpinan Ustaz Mad Dahan. Ustaz ni masih ada hingga sekarang. Tinggal

Begitu Pantasnya Masa Berlalu

Image
" Foto 1, Yuziani Yusuf, dulu wajahnya macam anaknya , sekarang sudah jadi ibu" Foto Kenangan zaman sekolah rendah. Foto ini sangat berharga, apalagi saya tidak ada menyimpannya, kecuali hari ini terjumpa di dalam facebook rakan-rakan lama . Semua wajah-wajah sudah berubah. Ingat masa sekolah dulu selalu kawan tu bawa minyak cap kapak. Kalau tak silap Nor Azlina namanya. Walaupun 20 tahun sudah berlalu, kalau lah terbau minyak cap kapak, memori silam waktu dibangku sekolah rendah pasti terlintas. Begitu indahnya di sekolah rendah, walaupun banyak suka dan duka. Gambar ini di rakam semasa perkhemahan di Kem Kijang Kota Bharu, jika tak salah tahun 1988. Kawan saya Nik Hanifuddin ada mencatat nama saya ada disini, namun saya sendiri kurang pasti, mana satu diri saya yang sebenarnya.hehe. Antara yang masih ingat di sekolah rendah ialah perkhemahan Qiamul Lail di sekolah bersama kawan-kawan dibawah pimpinan Ustaz Mad Dahan. Ustaz ni masih ada hingga sekarang. Tinggal

Bertuahnya saya

Saya merasakan amat bertuah justeru mempunyai rakan-rakan yang sangat arif lagi mahir dalam ilmu ICT. Hari ini 18 November 2009, sekali lagi blog saya menuju aras perubahan lebih cantik dengan bantuan rakan aspirasi.blogspot.com dan sahabat beliau yang sangat mahir dalam bidang IT. Beliau ialah Ustaz Muhammad Yazid pengurus web http://www.skulupenggeli.com. Silakan melawat web beliau

LAWATAN ILMIAH KE PUSAT PEMULIHAN AKHLAK, JABATAN PENJARA MALAYSIA, MUAR

Image
Jumaat, 13 November 2009: Pelajar SPADA telah mengadakan lawatan ilmiah ke Pusat Pemulihan Akhlak, Jabatan Penjara Malaysia, Muar, Johor. Aktiviti lawatan sekadar taklimat berkaitan Pusat Pemulihan Akhlak, Muar. Kami tidak mendapat kebenaran untuk bertemu penghuni mahupun melawat tempat tinggal penghuni. Lawatan kami berakhir dengan Jamuan Makan Tengahari.

Puan Hajah Zaidah Dalam Kenangan

Image
Saya baru pulang menziarahi rakan kaunselor yang telah berpulang ke rahmatullah jam 4.00 petang tadi. Beliau Puan Hajah Zaidah binti Ismail, Kaunselor SMK SAAS, meninggal di Hospital Kanser Nilai.Beliau mengidap sakit kanser leher akan di kebumikan esok pagi jam 9.00 di tanah perkuburan Sungai Kantan, Belakang Masjid Kajang. Ramai rakan kaunselor hadir pada malam ini. Orang ramai masih datang ketika saya mudik pulang. Al-Fatihah...

Ceramah dadah di sekolah Rendah

Image
Satu Penilaian Terhadap Diri Sendiri Entah kenapa, saya jarang merasakan puas dengan power point yang sama ketika menyampaikan ceramah walaupun tajuknya sama. Jika ada 10 ceramah, maka 10 bentuklah gaya ceramah saya ubah. Setakat ini belum ada yang saya ulang-ulang 100% persis sama dengan ceramah sebelum. Lebih-lebih lagi tajuk penyalahgunaan dadah . Selama ini, saya banyak menggunakan slaid tersebut untuk sekolah menengah, maktab dan IPTA. Tidak pula rasa tinggi sangat isinya. Namun hari ini, apabila berbicara tentang nikotin, stimulan, depresen, Opiat, Disigner Drug, LSD, Amfetamin, MDMA dan sebagainya, rasa macam di awan-awangan. Dari riak wajah mereka, nampaknya macam tak berapa faham apa itu istilah-istilah yang terlalu sains bagi mereka. Rasanya lain kali, untuk lebih baik, cukup saya terang secara sepintas lalu seperti dadah terdiri dari 5 jenis utama, iaitu DOSKAH. Depresen, Opiat, Stimulan, Kanabis dan Halusinagen. Cukup.. . Yang lain-lain macam gambar penagih, HIV, la

Data L4 Daerah

Saya sudah hubungi sekolah-sekolah yang belum hantar L4 rendah dan menengah. Harap dapat hantar secepatnya. Bagi yang belum hantar, sila ikuti arahan berikut : 1. Layari laman web www.kaunselor.com 2.Download borang L4 rendah atau menengah 3.Isikan maklumat yang perlu di isi 4. Hantarkan via emel ke JU di alamat afraima@yahoo.com Sekian, selesai sudah tanggungjawab saya rasanya, Khamis kami akan ke Jabatan Pelajaran Selangor untuk bermesyuarat.

Aktiviti Di PUSPEN Remaja Tiang Dua, Melaka

Image
Khamis, 12 November 2009: Pelajar SPADA, USIM sekali lagi terlibat dengan Program Lawatan Ilmiah. Kali ini kami ke PUSPEN Remaja Tiang Dua, Melaka. Aktiviti yang kami laksanakan di sana ialah Latihan Pengurusan Stress menggunakan kaedah Senaman Kalistenik, Chiken Dance dan beberapa aktiviti berkaitan pengurusan stress. Di samping itu, kami diberi taklimat berkaitan latar belakang dan pengurusan di PUSPEN Remaja Tiang Dua, Melaka. Latihan sebelum lawatan Maznita dan Zunita diberi tanggungjawab sebagai pembina modul bersama Tok Penghulu dan mereka sedang memberi taklimat dan latihan sebelum lawatan Kehadiran kami di sambut dengan jamuan minum teh Puan Norliya sedang memberi taklimat berkaitan PUSPEN Remaja Tiang Dua Para peserta mendengar taklimat dengan penuh perhatian Suasana semasa sesi taklimat... Program Pengurusan Stress bersama penghuni tiada disertakan gambar kerana peraturan tidak membenarkan pelatih diambil gambarnya.

Anak Luar Nikah 84 orang Sehari

Murid-murid disyaki perempuan, amat marah pada cikgu sebab duk menyibuk nak uruskan pergaulan mereka antara lelaki dan pompuan. Lalu di tulis dengan pen merah atas sekeping kertas A4. Cikgu, kami tak suker cikgu menyibuk tentang hal kami, naper nak kacau kami duduk dekat-dekat dengan lelaki? Bla. bla bla, Surat itu dimasukan dengan hormatnya dalam peti aduan. Berdesing bulu roma mata yang membaca. Kurang gula betul budak-budak zaman teknologi dan globasi ini. Dia tak sedar dan tak tahu, apa yang telah direkodkan seperti dibawah ; Antara tahun 2000 hingga Julai 2008, seramai 257,000 kelahiran anak luar nikah direkodkan. Maksudnya, purata 2,500 setiap bulan atau 84 sehari . Menakotkan... Bayangkan berapa pulak bilangannya di masa hadapan, zaman anak cucu kita nanti. Mungkinkah purata 2,500 setiap hari pulak nanti?? Tulisan ini saya kutip dari Blog Bro.Mazidul ketika merayap-rayap ke sana selepas habis meeting online malam ini.

Facebook Menemukan Anda Dgn Teman yg Hilang

Image
Anda tentu mempunyai ramai kawan, dan sudah tentu terlalu ramai yang hilang terlalu lama dalam memori anda. Kehilangannya kerana anda dan dia sama-sama menelusuri jalan berbeda. Persimpangan yang memisahkan anda dan rakan-rakan biasanya adalah sekolah menengah. Anda ke Utara, dia ke Selatan, masing-masing meneruskan karya hidup, dan dia...hilang selamanya dalam memori anda. Nak cari entah di mana. Namun anda bernasib baik, zaman yang canggih-manggih ini, ada facebook yang boleh menemukan kembali anda dengan rakan karib yang lama terpisah. Biarpun rakan anda berada jauh di negara Jepun. Melainkan dia tak punya kemudahan internet. Anda memang tidak dapat menghubunginya. Baiklah, ada yang bertanya, bagaimana nak buat (daftar) facebook ni? Caranya mudah saja. Saya sendiri pada awalnya bukanlah berminat, tetapi kerana ramai rakan lama yang terpisah puluhan tahun boleh ketemu kembali, saya beransur-ansur mengintai kelebihannya. Syarat untuk mendaftar facebook ini, yang pertama, anda hendakla

Khatam Iqra 2009

Image
Sekolah Kebangsaan Bangi telah mengadakan program Khatam Iqra. Seramai 20 orang murid terdiri dari tahun 1 hingga 3 menyertai acara ini. Sesungguhnya Al-Quran itu diturunkan sebagai ubat dan rahmat bagi orang-orang mukmin.