Posts

Showing posts from December 28, 2008

Selamat Pengantin Baru Ustaz Suzrie

Image
04 Januari 2009. Seorang guru agama Sekolah Kebangsaan Bangi sempat melangsungkan majlis perkahwinan beliau hari ini dihalaman rumahnya di Rinching Hilir. Beliau Ustaz Suzrie bin Khosim bertemu jodoh dengan seorang doktor. baca lagi klik

Ku Tak Sabar Lagi Nak Cepat Pergi

Image
Opioid Tergolong dalam dadah sejenis Morfin, codein, methanol dan heroin. Dadah ini diguna untuk menahan sakit. Cara pengambilan intranasal, sedut melalui hidung. Bertindak pada reseptor Mu, Kappa dan Delta. Kappa ; sedatif menjadi kan orang mengantuk, anelgesia, hilang rasa sakit, ia menjadikan kebas. Dan boleh menyebabkan dependen fizikal. Boleh menyebabkan hipotensi, yakni tekanan darah rendah. Dalam Metadon sendiri ada Nalaxone- antagonis yang bertindak menghalang heroin dan morfin bertindak. Manakala Clonidine, dapat meredakan sistem tarikan. Flash LSD akan berlaku selepas berhentinya pengambilan LSD. Mescaline di ekstrak dari cendawan. Marijuana boleh mencapai tahap optimun selepas 30 minit pengambilan. Boleh meningkat risiko masalah psikoaktif sekiranya diambil secara kronik. Jangka masa tindak adalah panjang jika diambil secara oral. Kalau boleh biar cepat kita pergi, agar cepat pula kita pulang. Ini semua adalah untuk membe

Dakwah Billisan Wal Tulisan

Image
Oleh : Noorhisham Hamzah,S.Sos.I 03 Jan 2009 . Malam ini saya sempat memberikan ceramah berkisar pada isu penagihan, isu semasa, langkah membantu penagih. Program ini disasarkan kepada penduduk Kampung Sungai Kembung Hulu, Bangi, Selangor. Ramai anak-anak muda yang hadir. Rasanya 1 jam tak cukup malam ini, tapi tak kan nak terus lagi, ada jamaah yang sudah pun melihat jam di dinding. Tujuannya bukan macam nak mengajar macam dalam bilik kuliah, tapi cukup lah mereka tahu bahaya dadah dan mengenal pasti simpton awal penagihan serta langkah pencegahan dalam komuniti. Terima kasih pada En.Hizbullah Harun selaku NAzir Masjid dan Tuan Imam.

Mencari Turning Point Dalam Kehidupan Seorang Penagih

Image
Oleh : Noorhisham Hamzah.S,Sos.I Seorang penagih dadah bukanlah mudah untuk berhenti, saya sendiri pernah berdepan dengan 2 orang penagih (dalam sistem NA masih menggunakan NA walau sudah berhenti), yang memberi statment bahawa dia akan ambil semula barang (morfin dan heroin) tersebut apabila keluar nanti (dari pusat). Saya tidak mengatakan sistem pemulihan di Pusat Serenti itu tidak berjaya 100%. baca lagi

Mencari Turning Point Dalam Kehidupan Seorang Penagih

Image
Oleh : Noorhisham Hamzah, S.Sos.I Seorang penagih dadah bukanlah mudah untuk berhenti, saya sendiri pernah berdepan dengan 2 orang penagih (dalam sistem NA masih menggunakan istilah penagih walau sudah lama berhenti), memberikan statement bahawa dia akan ambil semula barang (morfin dan heroin) tersebut apabila keluar nanti (dari pusat). Saya tidak mengatakan sistem pemulihan di Pusat Serenti itu tidak berjaya 100%. Kita tinggal dulu pasal pusat serenti. Namun....apabila kita mendekati penagih yang telah berhenti, mereka bercerita...untuk berhenti mesti ada satu turning point. Dan setiap orang melalui turning point yang berbeza. Saya cuba mendekati dan mengorek rahsia 2 orang prs (bekas penagih) di bawah ini, mereka kini berada di Pusat Serenti Raub bekerja sebagai PRS secara kontrak. Gambar mereka saya ambil dengan kebenaran dan bertujuan dimasukkan ke dalam blog saya, sebagai pengajaran kepada orang lain yang masih menagih dan bukti kepada masyarakat bahawa penagih dadah sememangnya

Sehari di SKB

Image
02 Januari menyaksikan sekali lagi SK Bangi menerima ledakan murid. Kalau tahun 2008 hanya 1,700 orang murid, namun kini mencecah 2000 orang lebih. Hari ini ibu dan bapa datang mendaftarkan anak mereka tahun satu. Hingga kini kelas tahun satu mencapai 11 buah. Proses penyaringan akan diadakan sekali lagi. Dimana semua murid tahun satu akan menghadapi ujian. Hasil ujian ini mereka akan dibahagikan kepada kelas yang sebenar. Berikut beberapa catatan yang sempat lensa syber shoot merakam detik-detik sejarah 02 Januari. Suasana pagi, ibu dan bapa sibuk mencar kelas untuk anak mereka, sementara guru sibuk memberikan arahan awal. baca lagi

Dalam Perjalanan ini...

Image
Gambar kurang cantik, salah setting Puas dengan lawatan hari ini, tapi hati tidak juga tenteram bila mengingat exam minggu depan. Alahai, habis periksa pula, kena siap-siap untuk ke Ho Chin Min. Segalanya sudah tertulis dalam diari kita. Namun dalam luh mahfuz, diarinya Tuhan, belum pasti apakah begitu. Ini kerana manusia hanya bisa merancang, tetapi Tuhan Maha Menentukan bahkan ketentuan Tuhan sudah pun berlaku sejak Azali lagi. Penagih yang kita hampiri, sememang nya boleh didampingi untuk mereka berhenti, namun peluang untuk relaps sentiasa terbuka luas, dan lebar. Luas seluas lautan dan lebar selebar gaung di Genting Highland. Kalau hidup tidak bertuhan, masakan Allah akan memberi hidayah sebagai hadiah padamu. Sedang janji Tuhan Syurga dan nikmatNya tak kau endahkan. Hmmm, sesi kaunseling sebaliknya bertukar menjadi sesi bimbingan.

Dalam Kepayahan Ada Kerumitan

Image
RAUB, PAHANG . Rombongan SPADA kali bergerak lagi dalam lawatan ke tempat yang ke-20. Destinasi kali ini ialah Pusat Serenti Raub. Kami datang ke Pusat Serenti untuk mempraktikkan 7 Langkah Kepulihan dengan hanya menggunakan step pertama sahaja hari ini. Step pertama ialah seorang penagih mesti mengaku yang dirinya menjadi tidak tentu arah dan bercelaru disebabkan oleh penagihan dadah, dan tiada jalan untuk berubah kecuali atas pertolongan orang lain. Setiap pelajar diberikan seorang klien. Masing-masing mencari tempat yang paling sesuai untuk sebuah sesi kaunseling. Sudah saya dengar, cerita dari En.Rafidi, selaku kem Komandan di Pusat Serenti ini, bahawa ada kaunselor yang "menangis" kerana apabila dalam sesi kaunseling, kaunselor yang ditanya oleh klien, Cuba encik bagi tau saya, kenapa saya perlu berubah? Dalam kes ini, bukan klien yang bermasalah nampaknya, akan tetapi kaunselor. Penagih dadah, menagih dadah itu adalah dunianya, padanya, dia tidak menyusahkan sesi

Harga Sebutir Dunia

Image
Kerete yang warna putih ni, (Lamborghini) tak ramai orang dapat beli. Dalam Malaysia pun hanya kerabat di Raja dan Tauke besar. Harganya 1.3 juta. Cukup mahal tapi, tempat duduknya cuma 2 orang. Ayahnda dulu dalam sesi kuliah pernah bercerita pada kami, dulu ada seorang raja yang sangat besar lagi kaya raya, maklum raja.... suatu hari dia mengadu sakit. sakitnya ini tak boleh makan dan telan apa saja makanan. Berubat lah ke sana sini, akhirnya dipanggil dukung dan pawang semua yang handal. Boleh kata pawang tu. Cuma tuanku kena habiskan separuh harta tuanku, memikir raja tu, ok lah katanya, asalkan beta boleh telan makanan. Habislah retanya yang separuh itu. Syukur...raja tu mula boleh makan, namun tak lama lepas tu, datang lagi penyakit lain, tak boleh buang pulak. Sakit perutnya memulas ya ampun. Tak boleh keluar jugak. Lalu dipanggil lagi pawang tadi, sudah dibaca mantera dan bomohnya, kata pawang tu, boleh tuanku, patik boleh tolong, tapi syaratnya tuanku kena habiskan harta tuanku