Posts

Showing posts from November 14, 2010

Bahan Renungan : 2 Hari Raya

Planet Bumi yang kita diami ini mempunyai 1 bulan dan 1 matahari yang dikongsi dengan beberapa planet lain. Ketika kita ingin meraikan hari raya, kenapa timbul perbezaan hari sambutan, sedangkan semuanya melihat kepada BULAN yang satu. Tidakkah, jika sebenarnya hari ini jatuhnya Hari Raya, PUASA pada hari RAyA adalah dikira HARAM? Seorang Ahli Parlimen bercakap tentang hal ini, dan saya menulis untuk renungan kita bersama. Adalah saya Haji Salahuddin Haji Ayub (Kubang Kerian) dengan ini memohon supaya mesyuarat ini ditangguhkan untuk merundingkan perkara yang pada hemat dan pandangan saya adalah tertentu, perlu disegerakan dan berkepentingan ramai iaitu isu yang berkaitan dengan tarikh sambutan Hari Raya Aidil Adha yang berbeza dua hari daripada tarikh dan masa wukuf yang diisytiharkan oleh kerajaan Arab Saudi. Tarikh sambutan Hari Raya Aidil Adha tahun ini yang diisytiharkan jatuh pada hari Rabu, 17 November 2010 adalah sangat pelik dan menimbulkan banyak keraguan, kekel

Kisah Jubah Ini

Image
Semasa saya menuntut di Aceh, ada sebuah kisah berkaitan jubah yang saya pakai ini. Saya bertemu dengan seorang hamba Allah, namanya Pak Khalid, berasal dari Padang, tubuhnya tinggi besar, ketika beliau menetap di Dili, atau lebih dikenali Timor Leste (Lorosai), Timor Leste (maknanya Tanah Mutiara), beliau di panggil Jesus oleh orang-orang di sana. Entah apa yang ada pada penampilan tubuhnya, beliau di datangi dan di peluk oleh orang yang melihatnya seperti Jesus (pada pandangan mereka). 2001, saya ke Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, dalam rangka mewakili Mesyuarat dari setiap propinsi di Indonesia, saya dan Abu Hanafiah mewakili mahasiswa Banda Aceh. Mesyuarat sempena 31 Ogos. 11 September, tahun yang sama, WTC di New York di tabrak 2 pesawat, 3 hari kemudian saya berkahwin di Jakarta tepatnya 14 September 2001. Beberapa hari sebelumnya, saya ke rumah Pak Khalid di Jakarta Selatan, beliau memberikan pada saya jubah ini, supaya di sampaikan kepada Pak Amir Banten yang sedang be

Salam 'Aidil Adha

Image
Buat Semua Insan Yang Pernah ku Kenali di.. SK Padang Garong 1984-1989 SMU Darul Anuar, Pulau Melaka-1990-1995 SMU Tarbiah Mardhiah Panchor,1996-1997 Ins.Agama Islam Negeri Ar-Raniry, Banda Aceh, 1998-2002 Smart Reader Jalan Che Su - 2003 Maktab Perguruan Islam Bangi (2004) Universiti Sains Islam Malaysia (SPADA)-2008 Sahabat-sahabat di SK Bangi Rakan-rakan Fb dan Blogger Rakan-rakan setaman.. Selamat Hari Raya...Maaf Zahir dan Batin.. Setiap Manusia Tidak Terlepas Berbuat Kesilapan Maafkan daku...

Macam majlis Konvokesyen Jadinya

Image
Tahniah kepada anak murid kami di Sk Bangi....walaupun hanya 9 orang 5A dan 12 orang 4A, itulah hakikat sebenarnya keadaan di Bangi, Sekolah Luar Bandar. Inilah bukti...siapa yang berusaha, dia pasti dapat... You Get What You Think... So....untuk masa akan datang.... think lah banyak2... lagi..kerana kejayaan itu datang dari ting! yang pertama dalam fikiran, yang kita benar-benar ingin BERJAYA. Halangan besar menjadi KECIL. Murid Berjaya, Guru Turut Gembira

Luahan Mazidul Kelembapan Celcom

Bayar Bil Celcom Berlebih RM27 Dan Haram Jadah Broadband Saya Disekat!!! 10 Oktober lalu, rakan setugas dan blogger di Johor, Zulhazri Abu Bakar cuba membayar bil Celcom saya melalui sistem online menggunakan akaun CIMB nya. "Saya tried 2 kali tetapi notified system failed," katanya. Bil telefon bimbit berjumlah RM230. Berasa ragu dengan transaksi terbabit, sehari kemudian (11 Oktober) saya menghubungi Celcom Careline. Menurut petugas, bayaran bertindan telah berlaku. Maksudnya, Celcom menerima bayaran RM460. Lalu petugas sama diminta untuk memindahkan bayaran RM230 ke akaun broadband saya. "Bil broadband encik, RM203. Pemindahan bayaran akan berlaku dalam masa 3 working days," katanya. Jika diteliti, saya membuat pembayaran dengan lebihan RM27. 4 hari kemudian (14 Oktober), saya dapati broadband saya disekat. Lalu sekali lagi saya menghubungi Celcom Careline. "Celcom memerlukan 5 working days untuk melakukan pemindahan bayaran terbabit. Bagaimanapun

Persiapan Awal Menjelang 2011

Image