Posts

Showing posts from April 25, 2010

Pemerkasaan Pembimbing Rakan Sebaya

Image
PUTRAJAYA .01 MEI 2010. SK Putrajaya Persint 9 (1) hari ini mengadakan program Pemerkasaan untuk Pembimbing Rakan Sebaya atau PRS. Dalam program ini, pihak sekolah telah menjemput Cikgu Noorhisham Hamzah untuk menyampaikan 2 tajuk ceramah. 1. Asas Komunikasi Berkesan 2. Asas Kaunseling Dalam Komunikasi, 3 elemen penting yang mesti ada, penyampai mesej, penerima mesej dan mesej yang disampaikan. Pendedahan sebegini sangat berguna bagi pelajar sekolah rendah. Walaupun mereka masih kecil, tetapi kelihatannya mereka berminat untuk mendalami ilmu yang disampaikan. Sebagai permulaan, sekolah ini memulakan PRS tahun ini dengan kekuatan 20 orang murid.

Harapan Guru-guru SK Dusun Tua

Image
[ Download ] [ Download ] [ Download ] Video 2 [ Download ] [ Download ]

Kepimpinan Pengawas di SK Dusun Tua

Image
HULU LANGAT. 29 April 2010. Sekolah Kebangsaan Dusun Tua, Hulu Langat telah mengadakan Program Kepimpinan Pengawas. Program bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 11.30 tengah hari. Seramai 100 orang pelajar terlibat dalam program ini. 2 sesi ceramah disampaikan oleh Cikgu Noorhisham, Guru Bimbingan dan Kaunseling dari SK Bangi. Beliau yang pernah belajar di Aceh, Indonesia selama 4 tahun turut menyelitkan unsur-unsur keagamaan didalam ceramahnya diselang seli dengan video klip yang berkaitan. Antaranya, pemimpin merupakan manusia yang paling awal di panggil untuk duduk di bawah naungan Arasy di akhirat kelak. Yang mana tidak ada lagi tempat berlindung walau sebesar lidi kelapa. Malah panas terik memancar bak matahari sejenggal di kepala. Namun pemimpin yang dimaksudkan ialah pemimpin yang ADIL. Adil menurut perhitungan TUHAN. Murid pengawas lelaki yang mengikuti program kepimpinan En.Noorhisham sedang menyampaikan ceramah

Penipuan Licik Atas Nama Public Bank

Image
Tak habis-habis idea untuk menipu, untuk mendapat keuntungan secara mudah tanpa bekerja keras. Dulu atas nama Maybank, sehingga ramai yang terkena, kini atas nama PUblic Bank pula. Ada 3 hal yang tak kena bila saya membaca emel ini. 1.Yang pertama emel si penghantar, dia menggunakan nama pbebnkk@ppla.com, entah dari mana emel ini. 2. Yang kedua alamat bank. https://wwws..... 3. Dan yang ketiga ayat ketidaknyamanan .... orang Malaysia tak pernah gunakan perkataan ini secara meluas, ini lah ayat, bahasa orang Indonesia, tidak dipastikan siapa pelakunya, tapi berdasarkan ayat itu, itulah bahasa Indonesia.

Setiap Manusia Akan Di Uji

Image
Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat. Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar. Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu. Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong. Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula dat