HULU LANGAT. 29 April 2010. Sekolah Kebangsaan Dusun Tua, Hulu Langat telah mengadakan Program Kepimpinan Pengawas. Program bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 11.30 tengah hari.
Seramai 100 orang pelajar terlibat dalam program ini. 2 sesi ceramah disampaikan oleh Cikgu Noorhisham, Guru Bimbingan dan Kaunseling dari SK Bangi.
Beliau yang pernah belajar di Aceh, Indonesia selama 4 tahun turut menyelitkan unsur-unsur keagamaan didalam ceramahnya diselang seli dengan video klip yang berkaitan.
Antaranya, pemimpin merupakan manusia yang paling awal di panggil untuk duduk di bawah naungan Arasy di akhirat kelak. Yang mana tidak ada lagi tempat berlindung walau sebesar lidi kelapa. Malah panas terik memancar bak matahari sejenggal di kepala.
Namun pemimpin yang dimaksudkan ialah pemimpin yang ADIL. Adil menurut perhitungan TUHAN.
Murid pengawas lelaki yang mengikuti program kepimpinan
En.Noorhisham sedang menyampaikan ceramah
01 Disember 2008. KUALA LUMPUR . Satu Operasi melibat pegawai AADK, PRS dan SPADA USIM telah diadakan di sekitar Jalan Chow Kit dan Lorong Haji Taib. Turut serta dalam operasi kali ke 4 ini ialah En.Abd Halim bin Mohd Hussin selaku ketua Program SPADA. Kami bergerak dalam satu kumpulan menuju ke KL, Singgah di PK AADk Dang Wangi, kami diberi taklimat oleh Puan Husna selaku Ketua Pegawai di situ, setelah mengisi perut, jam 9.00 kami mula bertolak, ops, kami dibekalkan dengan sekarung plastik yang mengandungi air kotak, dan burger, selain itu, sarung tangan, tag nama, dan bisness cad , (mengandungi alamat AADK, nombor telefon dan sebagainya) kumpulan kami dipecahkan dari besar menjadi 2 kumpulan. Kami menyelinap dalam kegelapam malam yang suram di Lorong Haji Taib, operasi pertama mencari port penagihan, ada satu port yang ditunjukkan pada kami oleh Mr.Tan, saya sempat menyenap , di tepi 2 tong sampah yang besar, bersama tikus-tikus sebesar anak kucing yang sedang galak berlari-lari malu...
30 April 2012. Pelajar SMK Kajang Utama terdiri dari pelajar tingkatan 1 dan 2 hari ini menerima INPUT berkaitan dadah, penyalahgunaan dadah dan pencegahan ke arah penyalahgunaan dadah.
Comments