Posts

Showing posts from May 20, 2012

Aku Terpenjara

Image
Mulut ku diplaster mata ku ditutup tangan ku digari kaki ku di ikat dimana keadilan bagiku apakah kerana menjunjung nilai  sebagai seorang insan  aku dilempar jauh ke sudut bagaikan kain buruk tiada ruang untuk menjawab tiada peluang untuk membela kiri kanan depan belakang memerhatikan ku dimana lagi kawan setelah kawanku semua menjadi telinga dan matamu

Masa Membawa Kita Tanpa Suara dan Wajahnya

Image
Selangkah demi selangkah kita melangkah akhirnya pada Nya jua kita kan kembali kalau pernah diri merasa bahagia syukur tak terhingga padaMu Jua Andai diri pernah merasa terhiris, itulah cobaan dalam dunia nan sementara, Hidup dan mati adalah hal yang pasti, cuma jangan diri menemui sengsara. Jalan Bahagia ada dimana-mana nikmati hidup bersyukur tanpa khufur, nescaya bahagia akan bersama kita dalam meredahi hidup penuh luhur kekadang kita lupa dan alpa bahawa hidup ini bak sebuah persinggahan lalu terjadilah sebuah dusta dan nista antara kita sesama manusia detik demi detik persinggahan dunia sudah uzur kita akan diusung ke lembah menakutkan alam barzakh kekal dalam penantian apakah nasib kita disana sedang didunia kita jauh dengan Nya pun masih kita bersoal apakah layak kita mendekatiNya 

Persinggahan Sementara

Image

Jagalah Solatmu

Image

Rintihan yang patut kita bacakan

Image

Sekian Lama Surau Dalam Impian

Image
Alhamdulillah, sekian lama hasrat warga SK Bangi beserta ibu bapa dan penderma budiman yang ingin melihat tegaknya tiang dan dinding surau SK Bangi kini akan menjadi realiti. Jentera sedang mengalihkan tanah untuk kerja-kerja asas pembinaan tiang. Puan Norizah selaku PK HEM memerhatikan kerja yang baru bermula hari ini 23 Mei 2012. (Rabu) Tanah yang sudah diratakan. Pokok-pokok sudah ditebang untuk kerja-kerja pembinaan asas. Anggaran awal surau ini dahulunya (2 tingkat ) ialah  sebanyak RM150.000. Namun sekarang plan asal sudah di ubah menjadi RM110.000. Wang yang sudah ada baru sekitar RM50.000-RM60.000. Derma orang ramai dari kaum ibu bapa, pelajar, bekas pelajar (Alumni), orang perseorangan adalah diharapkan agar surau ini menjadi realiti.

Rintihan Mengiringi Kegelapan Malam

Image
Setiap hari menjelang malam, kalao boleh kita merintih sebegini : "Ya Allah, terima kasih di atas segala nikmat pemberian Mu hari ini,aku sangat bersyukur atas segalanya, jadikanlah daku, antara hamba-hambaMu yang redha dengan ketentuanMu dan Redhalah daku sebagai hamba Mu... Andai besok daku tiada lagi di dunia ini, terima aku sebagai hambaMu yang penuh dengan kedhaifan, penuh dengan kelemahan sebagai insan.."

Alangkah Indahnya Hidup Ini

Image
Alangkah Indahnya Hidup Ini Andai Semua Keinginan Dapat Kita Gapai... Ke sana sini kita berjalan, bila mahu terbang, kita terus terbang, bila mahu makan, terus makanan sampai.. Namun.. Rupanya hidup ini tidak begitu Tidak Semua yang Kita Rancang Bisa menjadi kenyataan.. Hidup ini tidak lepas suka dan duka, tak terpisah gembira, tawa dan tangis, ada saja ujian datang menimpa, Bukankah indahnya, jika kita boleh menghiasi warna hidup kita, mengikut warna kita sendiri, mengikut mahu nya hati kita.