Posts

Showing posts from August 16, 2009

FAKTA: KESAN SYABU PADA KESIHATAN

Mental dan emosi : Gila akibat halusinasi dan delusi sehingga mampu membunuh diri, gelisah, cepat marah, gementar, kebingungan, fikiran terganggu dan boleh bersifat ganas. Pada dos yang tinggi menaikkan suhu badan kepada tahap membahayakan, mengakibatkan sawan dan akhirnya maut. Kepala: Mulut kering, berpeluh berlebihan, anak mata menjadi besar, menggeletar dan sakit kepala, dopamine pada otak kurang aktif, urat saraf pada otak putus hingga menyebabkan strok atau lumpuh. Fizikal : Pengguna tidak tidur selama tiga sehingga 15 hari, hilang selera makan dan berat badan menurun, berpeluh, pucat, pengabaian kesihatan diri, badan berbau, gigi kekuningan, berparut dan luka di badan. Kudis jelas kelihatan akibat pengguna syabu menggaru kulit untuk menghapus bayangan serangga yang disangka berada pada kulitnya. Kurang daya tahan melawan penyakit akibat pengabaian kesihatan. Lumpuh. Saraf : Kerosakan pada sistem saraf dan otak boleh menyebabkan gejala seperti penyakit Parkinson (dengan gangg

WANITA LARIKAN BEG DALAM MASJID DITAHAN

KUANTAN (23 Ogos 2009): Polis menahan seorang wanita yang cuba melarikan beg tangan seorang jemaah wanita yang sedang menunaikan solat Maghrib di Masjid Negeri Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 petang, mangsa yang datang ke masjid berkenaan bersama suaminya meletakkan beg tangan di tepinya untuk menunaikan solat sebelum dihampiri wanita berkenaan yang tiba-tiba mengambil beg tangan mangsa dan melarikan diri. Mangsa yang menyedari kejadian berkenaan mengejar wanita itu sebelum meminta bantuan pengawal keselamatan masjid berkenaan. Timbalan Ketua Polis daerah, Superintendan Zulkifli Taha, berkata pengawal keselamatan masjid berkenaan berjaya menahan wanita terbabit kira-kira 500 meter dari tempat kejadian sebelum diserahkan kepada polis. "Siasatan awal mendapati, hasil ujian air kencing dijalankan wanita terbabit positif dadah jenis syabu dan polis menemui semula beg tangan mangsa yang mengandungi wang tunai lebih RM50 serta bebera

Suami isteri antara 4 suspek pengedar dadah

KLUANG: Sepasang suami isteri antara empat yang disyaki pengedar dadah ditahan di dua lokasi berasingan di Kluang, petang Khamis lalu. Pasangan suami isteri masing-masing berusia 45 dan 40 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Taman Sri Lambak di sini, kira-kira jam 5.30 petang dan polis menemui bungkusan mengandungi ganja mampat 553 gram di dalam bilik tidur pasangan berkenaan. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamed Fawzi Arshad, berkata pasangan berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952, jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati. "Pasangan itu dipercayai mengedar dadah sekitar daerah ini dan polis masih menyiasat lanjut pembabitan mereka dengan rangkaian pengedaran dadah lain di negeri ini," katanya. Mohamed Fawzi berkata, sebelum serbuan ke rumah pasangan berkenaan, polis menahan dua lelaki berusia 45 tahun di Jalan Kota Tinggi, Kluang. Hasil pemeriksaan, polis menemui dua ketul ganja mampat yang masing-masing seberat 38 gra

Pelbagai Cara Manusia Guna

Image
Dadah jenis ATS, tidak saja menjadikan manusia ilusi, bahkan psikosis. Bermacam cerita kita baca, dari bunuh ibu, sampai ada hampir-hampir membunuh anak sendiri. Kisah ini terjadi di Kampung Pandan.

Menghalakan murid ke SMU Arab

Tika dan saat ini, semua pelajar tahun 6 sedang memikirkan hala tuju masing-masing untuk menyambung ke sekolah menengah apa dan dimana? Ramai lagi yang masih dalam ketidak tahuan. Apalagi sekarang ini timbul peraturan baru, semua ibu bapa hendaklah mengisi sendiri borang untuk ke sekolah berasrama. Saya tampil pada suatu hari untuk memberikan sedikit wejangan kepada murid khususnya tahun 6. Jika anda tidak tahu ke mana hendak tuju, cikgu syorkan pergilah ke sekolah agama arab. Disana kamu boleh belajar bahasa arab, sains, geografi, sejarah dan macam-macam. Malah bahasa Cina pun ada. Jika anda belajar bahasa arab, kamu akan lebih memahami agama, dan isi kandungan Al-Quran. Lulusan dari sekolah agam diterima banyak universiti sekarang ini, antaranya Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Univer. Islam Antarabangsa (UIA) dan lain-lain dalam dan luar negeri. Malah kamu boleh ke luar negeri. Ada satu hadis Nabi bermakna : Barangsiapa yang membaca Al-Quran, kemudian menghafaznya, dia ak

Awalnya Rahmat, Pertengahannya Pengampunan

Saya mengucapkan selamat menyambut Shahrul Mubarak kepada semua pengunjung blog ini yang beragama Islam. Semoga kedatangannya kali ini dapat mempertingkatkan lagi amal kita, menghapus segala dosa nan lalu, menambah nilai keimanan dan menjadi manusia yang soleh dan solehah.

PEMBENTANGAN FARMAKOKINETIK DADAH

Image
Rabu, 19 Ogos 2009 - Hari ini merupakan hari di mana Kumpulan A Farmakologi Dadah membentangkan tugasan mereka. Pembantangan dilakukan secara individu melibatkan Farmakokinetik Codein, Heroin dan Morphin. Penilai pembentangan pada kali ini ialah Dr Kamisah dan Prof. Madya Dr Norazlina. Haslinda Hussein...... Ahmad Nasrudin Hassan..... Gelak besar semasa menyaksikan pembentangan oleh rakan-rakan....Ada yang sangat melucukan Malik...antara yang lucu Hazlinda Nur...... Asmawati ambil peluang berehat sebelum pembentangan bermula Pr a pembentangan....Kawan-kawan sedang memberi pandangan Catatan....agar tak ulang kesilapan Sokongan kawan-kawan sangat diperlukan bagi meningkatkan keyakinan diri Setting....sebelum pembentangan

KERANA ILMU RELA DIREDAH

Image
Walaupun perjalanan ke Utara begitu memenatkan para pelajar SPADA, namun demi ilmu kami rela tempuhinya. Perkongsian bermakna semasa kami berada di Pondok Remaja Inabah, Kuala Nerang, Kedah iaitu pengalaman melaksanakan Qiamulail seawal jam 4.00 pagi. Sebelum pulang ke USIM, kami sempat 'shopping' di Pekan Rabu Rumpun buluh ini menarik perhatian kami semasa berhenti makan Nasi Kandar di Juru, Pulau Pinang Malik kepenatan selepas makan di Mc Donald Tuan Amran juga..... Ahmad Khazani.....

RANGKUMAN POTRET PERJALANAN KE UTARA

Image
Ketika mendengar taklimat di Pusat Khidmat AADK Kangar, Perlis Ustaz Asri sedang menyampaikan taklimat tentang Pusat Khidmat AADK Kangar Minum petang di Kuala Perlis Bergambar kenangan di Kuala Perlis Tuan Amran..... Di PUSPEN Bukit Chabang PUSPEN Bukit Chabang Anak siapa tu? Di hadapan D'Sukma...Kuala Perlis....Tempat kami bermalam Bagaikan satu keluarga besar.....

PONDOK REMAJA INABAH 1 MALAYSIA

Image
Inabah adalah istilah yang berasal dari Bahasa Arab anaba-yunibu (mengembalikan) sehingga inabah berarti pengembalian atau pemulihan, maksudnya proses kembalinya seseorang dari jalan yang menjauhi Allah ke jalan yang mendekat ke Allah. Istilah ini digunakan pula dalam Al-Qur’an yakni dalam Luqman surat ke-31 ayat ke-15, Surat ke-42, Al-Syura ayat ke-10; dan pada surat yang lainnya. Abah Anom menggunakan nama inabah menjadi metode bagi program rehabilitasi pecandu narkotika, remaja-remaja nakal, dan orang-orang yang mengalami gangguan kejiwaan. Konsep perawatan korban penyalahgunaan obat serta kenakalan remaja adalah mengembalikan orang dari perilaku yang selalu menentang kehendak Allah atau maksiat, kepada perilaku yang sesuai dengan kehendak Allah atau taat. Dari sudut pandang tasawuf orang yang sedang mabuk, yang jiwanya sedang goncang dan terganggu, sehingga diperlukan metode pemulihan (inabah). Metode inabah baik secara teoretis maupun praktis didasarkan pada Al-Qur’an, hadits dan

Tidak semua perkara yang benar itu logik

Kisah 1: Seorang kafir (OK) berkata pada orang mukmin (OM) yang sedang berwudhuk: OK: “Kenapa kamu wudhuk? OM: “Aku tadi batal wudhuk sebab terkentut” OK: ” Aku heran, kamu kentut di belakang tapi kenapa kamu cuci muka, tangan, kepala dan kaki kamu? Kenapa kamu tidak cuci tempat yang keluar kentut? OM: “Ini arahan Tuhanku, aku taat saja” OK: “Jelas sekali agama kamu ini tidak benar. Arahannya tidak logik sama sekali” OM: “Kebenaran itu tidak semestinya logik” OK: ” Apa buktinya? OM: Yuk ikut aku OM membawa OK ke sebuah pintu. Lalu OM memegang tangan OK, kemudian menyepit tangan OM dengan pintu itu. OK menjerit kesakitan. OK: Aduh tangan aku sakit…tolong lepaskan tangan aku! OM: Baiklah…inilah jawabanku: tangan kamu yang sakit, tapi kenapa mulut kamu yang menjerit. OM pun meninggalkan OK yang bodoh sombong itu dalam kesakitan…. Tidak semua perkara yang logik itu benar.. Kisah2: Seorang kafir (OK) berkata kepada orang mukmin (OM) OK: Tuhan kamu sungguh tidak adil OM: Kenapa? OK

Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan