Posts

Showing posts from October 5, 2008

Buatkan Satu Bulatan Atas Kertas

Image
Sesudah itu, titik kan satu titik di atas kertas itu pada mana-mana tempat yang anda suka. Peribadi andaboleh di lihat dari hasil titik itu. Mahukah anda tahu?

Menziarahi Datuk Nordin

Image
8 Oktober 2008 . Lebaran ini membawa kami sekali lagi ke rumah Datuk Nordin di Ara Damansara. 10 tahun sudah berlalu, datuk masih berperang dengan sakit strok, tidak boleh bercakap, malah makan dan minum. Hanya pipa yang masuk ke corong hidung, melalui pipa itulah beliau minum susu yang di import dari Amerika. Sementara datin pula baru keluar IJN, melalui 6 kali pembedahan, akhirnya 1 bulan di IJN. Sahabat saya, Warsino...dan isteri....sangat penyabar mengurus datuk dan datin. Andai diperkirakan bayarannya, tentulah tidak dapat menyamai gaji nurse di Hospital Tawakal. Jeneral Datuk Yusuf menghantar wakil seramai 10 orang. Ada nurse, ustaz, pakar doktor dan angkatan tentera mewakili seluruh warga tentara untuk menziarahi beliau. Kami pulang dengan doa, semoga datuk cepat boleh sembuh...

Marikh...

Image
Foto terbaru daripada planet Marikh merupakan sesuatu yang cukup bersejarah. Belum pernah sepanjang lebih 50 tahun penerokaan angkasa lepas, sebuah kapal angkasa merakam gambar sebuah lagi kapal angkasa yang sedang mendarat di sebuah planet lain. Sehinggalah Ahad lepas, apabila kamera canggih HiRISE di atas kapal angkasa Mars Reconnaissance Orbiter telah merakam Phoenix sedang perlahan-lahan mendarat menggunakan payung terjun. Apa yang lebih menakjubkan dengan foto tersebut ialah kehadiran sebuah kawah besar bersaiz 10km di 'belakang' Phoenix, seolah-olah memberi gambaran bahawa kapal angkasa tersebut sedang menuju ke dalam kawah tersebut. Ini sebenarnya hanya sebuah ilusi optikal, yang mana jarak antara Phoenix dan kawah tersebut adalah sejauh 20km. Subhanallah!

jangan lupa puasa 6

Image
Walaupun sedikit pada jumlahnya, tapi besar pada manfaatnya, ibarat bonus tambahan atas balasan puasa 30 hari.

Mengembara Dalam Lebaran

Image
Lokasi Sungai Golok, Narathiwat Thailand, hari raya kedua

Tak Pentingkah Solat?

Image
Terkilan jugak bila singgah di RnR dari Simpang Pulai ini, dijalan kereta dan pelbagai kenderaan memenuhi jalan, orang tu semua merempuh perjalanan jauh mahu ke KL, dan Selatan, tapi bila singgah disini, tempat sembahyang tak ada. Tempat pipis dan makan ada pulak. Nampak sangat kan, atas dunia ni yang penting adalah makan dan buang ....tapi sembahyang masing-masing punya hal lah. Harap kerajaan yang ada sekarang boleh bantu manusia ini memudahkan mereka beribadah walau ditengah musafir. Bukankah tujuan kejadian umat manusia adalah untuk ibadah? Rasanya ini kerja Plus.... Berlainan di RnR Gua Musang, tempat makan dan minum memang ada, tapi tempat solat tidak ditinggalkan.

Singgah di Cameron Highland

Image
Di gerai buah-buahan Cameron Highland. Perjalanan dari Bandar Gua Musang ke sini hanya 1 jam 20 minit. Kira-kira 115 km saja. Sejak 1993, berapa tahun dah tu ye, itulah kali pertama saya ke sini secara tidak merancang, kesempatan ini, singgah sebentar untuk melihat perubahan dunia. Cuaca disini tidak lagi sejuk seperti dulu. Pas kami tiba, hujan pun turun. Ingat masa tu Bang Ipin, bawa balik pistol ke KB sebab ayahnya sakit tenat, dek terlalu penting, pistol tak sempat di amankan di balai, pihak balai pun menghubungi dan minta hantar segera pistol tu. Masa tu tengah-tengah bersembang, dia ajak jom pergi Cameron, haha.

Sedekat2 Pengembaraan

Image
Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan. Destinasi ini hanya 3 km dari jalan utama, andai anda dah rasa mengantuk memandu sewaktu mudik ke Kelantan - KL, singgah la mandi di sini, airnya masih sejuk dan luas, tak ramai orang. Boleh mandi sepuas-puasnya... Tinggal Kenangan...Tahun 1994 daku pernah singgah di sini bersama dengan rombongan pelajar 2 buah bas SKMK. Disini selama 3 hari 2 malam dalam program Tarbiyah Marbawi kami bersama Ustaz Ahmad Dusuki yang kini hebat di radio Selangor, minta khemah dari Majlis Daerah Kuala Krai, saya dan Izan datang dengan motor honda 90cc untuk meninjau tempat ini. Dengan bantuan surat dari pejabat Menteri Besar, segala beres. Kata orang kampung sini, sekali bah melanda, sekali pasir berubah, tatkala kami berkhemah di sini 14 tahun yang lalu, alun pepasirnya lain dan begitu juga aliran airnya Asar di Masjid Pulau Melaka Sedekat-dekat pengembaraan ialah dari muka bumi ke muka bumi yang lain, sejau-jauh pengembaraan ialah dari hati menuju Tuhan .

Menjadi Tamu Abu

Image
Menamatkan zaman bujang bersama seorang Ustazah dari negeri Pahang. Selamat Pengantin Baro.

Berposing di rumah Tun

Image
Kesempatan setahun sekali untuk masuk ke sini tak disiakan.Di belakang tu adalah tasik yang selalu kita nampak andai melewati lebuh raya tu. Manakala depan saya ni lah rumah Tun Dr.Mahathir. Gambar di atas tu ialah bas yang boleh lalu atas jalan dan di air yang kami naiki.

Ke rumah terbuka Tun

Image
5 OKtober 2008. Dalam perjalanan ke Bangi, terdengar dari corong radio di rumah Tun ada jamuan hari raya, kami buat U Turn dan mencari-cari Seri Kembangan.