Satu masa, saya menghadiri kursus juru foto di Melaka, tempatnya Bandar Hilir. Lokasi beradu di Hotel Naza. Kursus ini memakan masa 5 hari. Jarang saya hadir kursus sepanjang tempoh 5 hari seperti ini. Malang buat saya, kerana tidak dapat mengikuti kursus ini 5 hari penuh, gara-gara tersalah makan di hotel sehingga saya disahkan keracunan makanan. Bila kita semak apa punca keracunan, rupanya Nabi pernah meninggalkan sabdanya 1400 tahun yang lalu, " jangan dicampur lauk antara darat dan laut ". Nah..gara-gara enak banget makan di hotel, semua kita sumbat, akhirnya terkena lah keracunan sampai memulas perut. Sakitnya aduhai... Lepas tu dah belajar makan hanya satu lauk sahaja, sama ada dari sungai/darat atau laut. Ada satu hari, kami mesti keluar dari hotel, pergilah ke mana-mana dalam Negeri Melaka ini untuk mengambil gambar yang terbaik, malamnya kami ke sekitar ibu kota Melaka, mengambil gambar bangunan-bangunan di bandar Melaka, besoknya, menjelang siang, saya dan rak