Posts

Showing posts from October 11, 2009

Manual Proses Kerja e-Pelaporan

Image
Kemungkinan besar satu perjumpaan Guru bimbingan dan kaunseling sekolah rendah dan menengah Daerah Hulu Langat akan diadakan pada 21 Oktober ini, saya telah berusaha memudahkan kefahaman hadirin dengan power-point . Namun bimbang ada yang tidak datang, maklum pelbagai macam karenah yang cukup difahami oleh dunia perguruan, surat lambat sampai, LADAP, PAR tidak datang PPD, demam, kena hantar budak bola tampar, kena hadir kursus, kena jadi MC di majlis itu dan ini, maka saya telah menguploadkan power point ini, jika anda berkemungkinan tidak hadir, sila baca manual ini. Makluman, semua data yang hendak dihantar mestilah digabung antara kesemua kaunselor yang ada di sekolah anda. Contohnya ada 3 atau 4 orang kaunselor, sila gabung semua data dan hantar mengikut cara yang telah saya berikan ini. Sila klik manual penghantaran di sini , awas, jangan terlambat.

E-Pelaporan dan E-Pemantauan

Image
Jam 7.00 pagi keluar rumah, singgah sekejap di sekolah, terus ke Jabatan Pelajaran di Seksyen 4, Jalan Jambu Bol. Mesyuarat hari ini adalah bersama Pegawai Kaunseling / HEM dari Seluruh daerah Negeri Selangor. Sementara saya hadir atas kapasiti JU Negeri Selangor bersama 4 orang rakan lagi. Mesyuarat berlangsung sekitar e-pemantauan dan e-pelaporan. Hal-hal lain jugak banyak di sentuh. Memikir pengumpulan data dari 900 buah sekolah di negeri Selangor mungkin menerima sedikit masalah, kami akan bermesyuarat lagi di Pangkor 19 November ini. Hu...kesian....kena pergi pake' uang sendiri. Bayar penginapan sendiri, tidur, mandi dan makan sendiri.. Pegawai Kaunseling PPD dari seluruh Selangor Saya amat mengharapkan agar rakan kaunselor di daerah saya sentiasa "alert" dengan perkembangan semasa. Biar pun kuasa dari langit belum turun supaya anda mengisi maklumat sesi bimbingan dan kaunseling, namun blog ini dan ini telah beberapa kali meng-war-warkan di laman blog dan emel.

Kesihatan Mental

Ciri-ciri kesihatan mental yang positif Terhadap diri sendiri Menyedari kelemahan dan kekuatan diri sendiri. Berupaya mengawal perasaan. Sanggup menerima kegagalan. Mampu menghindari kegiatan yang tidak bermoral. Menghargai diri sendiri. Terhadap orang lain Mampu berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain. Mampu memberi dan menerima kasih sayang. Tahu menghargai dan mempercayai orang lain. Dapat menerima pendapat orang lain secara terbuka. Terhadap cabaran Berupaya menghadapi dan menyelesaikan masalah. Mampu mengatasi konflik dengan bijak. Mampu membuat keputusan untuk diri sendiri. Bersedia mendapatkan pertolongan sekiranya gagal menyelesaikan masalah harian. 10 Langkah Ke Arah Kesihatan Mental Yang Positif Menerima kenyataan diri secara realistik. Mengendali masa dengan baik (time management) Merancang perubahan dalam kehidupan secara bijak. Memupuk hubungan harmoni dan kasih sayang dengan ahli keluarga dan orang lain. Menjaga kesihatan fizikal. Menyediakan masa untuk aktiviti

Sukaneka di SK Bangi 2009

Image
15 Oktober 2009. SK Bangi mengadakan Acara Sukaneka. Gambar-gambar yang disiar di sini adalah latar belakang kepada sebuah sekolah yang berusia 85 tahun. Foto di snap hanya menggunakan Hand Phone Sony Ericsson, Camera 3,2 m.p. Cyber Shot. Tahap 1

Panduan Download Video dari Youtube

Ada bermacam cara untuk kita download video-video di Youtube. Pertama sekali dapatkan alamat (URL) video ingin anda muat turun, sebagai contoh http://www.youtube.com/watch?v=byS_I5h1FDQ , alamat ini (URL) anda boleh dapatkan di website Youtube sendiri. Copy alamat tersebut. Langkah kedua, anda perlu ke website yang kedua, iaitu " http://keepvid.com ' . Paste atau tampalkan alamat yang anda salin tadi di ruangan yang bertulis URL. Tunggu beberapa detik, sehingga keluar arahan download. Setelah ia muncul, silakan klik download yang pertama, klik save. Tunggu sehingga operasi muat turun selesai. Kini video tadi sudah pun berada di komputer anda. Cari dimana ianya di simpan, biasanya di desktop. Jika anda tidak dapat play video tersebut, makna PC anda boleh mempunyai pemain FLV. Silakan memuat turun FLV Player di google.com. Selamat Mencuba

Nik Aziz mahu nama Inggeris ditukar ke bahasa Melayu

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengarahkan pihak berkuasa kerajaan tempatan di negeri itu menukar nama jalan dan premis berunsur Inggeris kepada bahasa Melayu. Beliau mengakui beberapa bangunan milik anak syarikat kerajaan negeri yang baru beroperasi seperti Kelantan Trade Centre, Kota Baharu Trade Centre dan KB Mall menggunakan nama berunsur Inggeris. "Betul nama itu sengaja bubuh begitu, boleh jadi kerana nak popularkan nama itu untuk menarik perhatian umum di peringkat antarabangsa, seperti hotel, maka digunakan bahasa Ingeris supaya (pelancong) Inggeris tahu. Benda tu boleh kita kaji semula, tak jadi masalah," katanya selepas merasmikan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat negeri Kelantan di sini hari ini. Nik Aziz berkata, beliau tertarik dengan pendapat seorang tokoh bahasa Melayu, Prof Dr Teo Kok Seong dari Institut Akademi Tamadun Melayu, yang mempersoalkan nama kereta nasional berunsur Inggeris se

Aku Masih Begini

Image
Ketika rakan-rakan yang lain ke masjid untuk sholat Jumaat, aku masih di sini, Ibu sudah lama pergi, Ayah tak ambil peduli, Sekolah tidak dia tidak kisah, biarlah aku mencari ikan di anak sungai ini mungkin ikan lebih mengerti keadaanku

Teruskan Perjuangan

Tahniah kepada Ojaloli yang sedang mengidamkan kehidupan yang indah dan sempurna, semoga Tuhan mempermudahkan segala urusannya.

Ke Maqam Ahli Syurga

Image
Di maqam Arwah Faizal. Selayang Di usia 14 tahun, dia belum pernah kenal sekolah, pensel dan tulis, tidak pernah berkomunisi dengan sesiapa, tidak tahu makan dan minum sendiri, semuanya di uruskan oleh ibunya yang penyayang. Dari memandikan, mengelap, menyuap makan dan minum, sehari-hari hanya dengan biskut dan air teh. Sehari-hari hanya duduk dibangku, jika ia puas, ia berbaring, jika tidak selesa, dia tidak tahu berkata-kata, hanya menangis dan menangis. Sayu melihat Faizal semasa masih hidup, walaupun lahir normal, tetapi hidupnya kemudian tidak sempurna seperti insan yang lain. Sedang 2 adiknya sudah meninggal dunia lebih awal. Pernah arwah Faizal menaiki kereta saya, waktu itu saya berbangga, kerana seorang ahli syurga telah dan pernah menaiki kereta saya, semoga saya dan keluarga boleh menumpang kebahgiaannya di akhirat kelak.