Posts

Showing posts from May 8, 2011

Datang dan Pergi..itu lumrah

Image
Hidup ini pasti ada penghujungnya. Bagaimana kita datang ke dunia, begitulah seharusnya kita pulang mengadapNya. Maksud saya, refer pada Hadis Nabi kita, "setiap anak Adam dilahirkan dalam keadaan putih bersih..." Bagaimana rupa kita datang, begitulah seharusnya (bersih) kita pulang. Sebagaimana baju yang kita pakai akan busuk, lalu kita rendam, basuh dan gosok. Maka begitulah hati yang kita guna-pakai setiap detik, perlu kita cuci.. FirmanNya... "dan tiada berguna bagimu harta dan anak-anak (saat kau kembali nanti), kecuali (Man atallaha bi qalbin salim) barangsiapa menemui Allah Taala dalam keadaan hatinya salim...yakni selamat. Hati yang SALIM, maknanya selamat dari dosa yang membawa azab di akhirat kelak. Hati yang sudah melalui proses pembersihan (Tazkiyatun nafs) sebelum maut datang menjemputnya. Kata Ulama, setiap sesuatu itu ada alat pencucinya, dan pencuci bagi HATI ialah Zikrullah.Lalu...kerana kematian akan mendatangi setiap dari kita, yang paling AULA a

Sebuah Buku Catatan Perjalanan Hidupku

Image
Hari ini baru selesai untuk kali pernah setelah sekian lama ingin menerbitnya...

Pemergian yang TIBA-TIBA.Aduhai...

Image
Artikel ini disalin dari blog Bro Mazidul Akmal Sidek Dia Pendek Mata Merah (Kejadian Lemas Di Ulu Bendul) "Dia pendek, mata merah. Dua dia tak sempat, satu dia tarik ke bawah pokok besar, tertimbus empat kaki dalam" Itu antara dakwaan dilontarkan lelaki berjanggut dan berseluar celoreng berdiri di sebelah saya sewaktu anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, JPAM Negeri Sembilan giat mencari mayat Nur Syaza Sakinah Syed Ahmad, 2 tahun, jam 4.10 petang semalam. Saya perhatikan kegigihan anggota JPAM berusia di antara 22 dan 31 tahun terbabit, memotong akar kayu dan cuba menggali pasir di bawah pohon besar di tebing sungai. Hampir jam 5 petang, tiada mayat ditemui di kawasan sasaran. "Bang, boleh ambil gambar?," pinta mereka. Malangnya setiap kali gambar cuba dirakam menggunakan kamera telefon bimbit, saya mendengar keluhan sama. "Alamak! Gambar tak clear , goyanglah" Hakikatnya mereka semua kesejukan, setelah berada di dalam air dalam tempoh lama

Kempen Mengguna PTT, Bersama Menjaga Lingkungan KIta

Image
Salam, saya selaku Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Desaria Nilai, mengajak mana-mana warga Bukit Mahkota dan Bdr Seri Putra dan penduduk kawasan Nilai Impian, untuk mengenali apa itu PTT. Kami di Taman Desaria telah mulai menggunakannya, kini seramai 7 orang telah bergabung (join). PTT ialah sejenis telefon Nokia yang ada fungsi Pres To Talk.(Biasa 6020, 2010). (PTT) Tekan dan Cakap. Ianya digunakan macam walkie talkie. Kami ada line untuk Taman kami sendiri (lingkungan kecil) ada line utk lingkungan besar (meliputi Sepang, Nilai, Dengkil dan kawasan sekitarnya). Didalam line yang besar ini ada seramai 7 orang anggota polis. Bersama kami online 24 jam.(Dari Balai Dengkil,. Unit Udara, Mantin, Sepang dan lain). Untuk makluman, telefon jenis walkie talkie ini boleh digunakan dimana sahaja anda berada (seluruh Malaysia), tidak kira jarak macam walkie talkie biasa kenwood 7 kilometer. Ianya boleh didengari dan di gunakan walau anda berada di Negeri Sabah, janji ada line Maxis. Jika

Semangat Kerja Berpasukan "Teamwork"

Image
Ih dinash shiratal mustaqi m… Dalam setiap rakaat sholat, kita membaca ayat ini, Ihdinassiraatal Mustaqim... (Tunjukkilah akan kami jalan yang lurus). Indahnya.... kita meminta kepada Dia, atas nama "kami", dan bukan atas nama "saya" sebagaimana ayat ini, "tunjukkilah saya jalan yang lurus". Jika ayat ini di aplikasi dalam kehidupan berkeluarga, cukup indah... jika ayat ini di aplikasi dalam sebuah institusi pendidikan, oh..sungguh-sungguh indah! Kita bekerja sebagai satu team, menuju satu matlamat, majikan sebagai pengemudi stereng kapal, guru-guru sebagai kelasi kapal dan murid sebagai anak kapalnya. Jalannya air menurut GARMIN syariat.... destinasinya "pulau impian". Pulau Bahagia sesudah MATI. Ke mana kita mahu bawa mereka semua? Ya..kapal ini akan membawa penumpangnya menuju jalan bahagia ke kampung akhirat. Laluannya laluan bahagia, lorongnya lorong bahagia, jalan bahagia, highway bahagia didunia. Jika laluannya bahagia, destinasinya ba