Posts

Showing posts from January 17, 2010

HARI TERAKHIR FINAL EXAM PENGGAL 2 SPADA 2009/2010

Image
Pada 14 Januari 2010 (Khamis), Peperiksaan Akhir Penggal Kedua SPADA berakhir pada hari ini. Walaubagaimanapun perjuangan para pelajar SPADA belum berakhir. Hari ini diadakan Ceramah Pengendalian Penyelidikan Kualitatif dan akan disambung pada hari kesokannya dengan Taklimat Internship III. Mulai 19 Januari 2010, para pelajar akan mula menjalani Program Internship III selama 10 minggu. Makan tengahari pada hari terakhir peperiksaan di taja oleh Pengurusan SPADA, USIM. Wong dan Maznita sempat posing masa makan. Zunita bersopan ketika mengunyah makanan Nak tambah lauk ke...tambahlah, jangan malu-malu..... Handphone baru tuh......

Kenapa mereka BERJAYA?

Cikgu dah siarkan beberapa tips-tips dari ibubapa cemerlang, bagaimana mereka mengurus anak-anak sehingga anak-anak mereka berjaya mencapai 5A dalam peperiksaan UPSR 2009 di SK Bangi.Apa yang menggembirakan cikgu, adalah laman blog tertentu di Malaysia yang menyalin tulisan ini untuk disiarkan kepada ibu bapa di sekolah mereka. Sudah tentu, ilmu ini amat berguna untuk Ibubapa di seluruh Malaysia. Kali ini, cikgu berjaya menghubungi En.Rosli, bapa kepada Safanah yang telah berjaya mencapai impiannya untuk bergelar pelajar cemerlang. Sebenarnya Safanah tidak menghadiri tuisyen di luar pun, dia hanya menghadiri kelas tambahan yang dibuat disekolah sahaja. Walaubagaimanapun, untuk mencapai gelaran pelajar cemerlang, dia sentiasa memberikan tumpuan yang penuh semasa guru mengajar. Tidak pernah bermain dan berbual ketika guru menerangkan sesuatu. Sementara itu,Bapa kepada Izzat, mengatakan beliau tidak mengguna sistem paksaan terhadap anak-anaknya dalam pembelajaran. Siap Segera Anehnya, ser

Salam Perkenalan

Image
Salam perkenalan buat warga Desaria, Nilai... Klik Foto Untuk berita

Rahsia 5A

Image
Pihak sekolah, melalui Unit Bimbingan dan Kaunseling sedang menjejaki 35 orang ibu dan bapa yang telah berjaya mencapai impian "Anak Cemerlang" dari "Keluarga Cemerlang". 1. Keinginan Diri Sendiri Berdasarkan konsep itu,beberapa orang telah menjawab panggilan telefon, antaranya En.Shahruddin, anaknya Nabil berjaya mendapat 5A. Menurut beliau, faktor yang paling utama ialah keinginan diri sendiri yang ada pada anaknya. 2. Pemantauan. Selain itu, ibu bapa juga selalu memantau perkembangan "result" bulanan anak-anaknya. Mereka berbincang dan sepertinya mengadakan sesi kaunseling dalam rumah tersebut. Kenapa markah kamu begini dan bagaimana nak capai 5A kalau begini, jadi kamu harus begini ... dan begini. Begitulah yang dilakukan oleh ibu bapa cemerlang. 3. Gertak Tidak dinafikan teknik gertak anak oleh sang ayah juga ada perlunya. Walaupun gertakan itu hanyalah sebagai "warning sign" sahaja. Namun nilai ketegasan sebenarnya yang ada disebalik gertak

hYPER aKTIF, sATU mASALAH Awal

Mengawali tahun ini, wujudnya cabaran menangani masalah hyper aktif di sekolah rendah. Untuk membantu kes tersebut, artikel ini mungkin boleh membantu kita semua. Nakal dikalangan kanak-kanak bukan semuanya negatif. Dan sebaliknya kalau kanak-kanak bersifat pendiam dan tidak nakal maka ianya bukan semua petanda positif. Oleh itu jangan terlalu risau kalau kanak-kanak nakal sekiranya berusia dibawah tujuh tahun. Ini kerana kenakalan kanak-kanak dibawah usia tujuh tahun itu adalah tanda cerdik. Kanak-kanak dibawah usia tujuh tahun, nafsu negatifnya masih terpendam. Kenakalan itu adalah kerana akalnya yang aktif bukan fizikalnya.. Namun demikin apa yang perlu difahami dan di beri perhatian ialah apakah kenakalan kanak-kanak itu bernatijah baik atau buruk. Maksudnya kalau nakalnya sekadar terlalu aktif, tidak mahu duduk diam, suka bermain, banyak bertanya, banyak bercakap termasuk bercakap sendirian, banyak benda yang dia mahu, suka menconteng kertas, banyak benda yang dia usik, ini a

CEMERLANG DUNIA AKHIRAT

Image
Lantaran hidup ini mesti ada mulanya, dan wajib ada akhirnya, maka mau tak mau, kita terpaksa berjuang untuk hidup bahagia. Walaupun kehadiran kita dibumi ini hanya sementara cuma. Apalagi selepas kematian adanya kehidupan yang lain. Kebahagiaan di sana, sangat tergantung disini, kejayaan di sana sangat berkait rapat di sini. Bahagia dan Berjaya, adalah dalam konteks keagamaan, atau religius.