Terima Anugerah Tuhan dengan Syukur

SELANGOR :sELAMA 4 hari bermula 23 dan berkahir 26 Jun 2008, seramai 120 orang kaunselor dari seluruh Malaysia dikumpulkan dalam rangka kursus pelaporan e-kaunseling kebangsaan. Seramai 9 orang JU (Juru Latih) pula dipilih untuk memimpin kaunselor ini. Saudara Norhisham Omar dari Negeri Sembilan menyampaikan penerangan tentang borang L4 dan L8. semua ini kaunselor akan (terpaksa) buat selewatnya 15 November ini.
Selepas ini, semua kaunselor dari setiap daerah akan dikumpul dan diberi penerangan yang sama. Manakala saya turut memberi penerangan berkenaan membina laman blog dan kelebihannya buat kaunselor.
Pegawai Kementerian Pelajaran, Bahagian Sekolah dan En.Abdul Rahim Othman turut membina blog peribadi.Mereka bersetuju untuk menjadikan blog satu agenda penting untuk masa akan datang. Dan saya diminta bersedia untuk dipanggil memenuhi undangan rasmi ini kemana saja dalam Malaysia. Syabas.....

Comments

Popular posts from this blog

SK Dusun Tua, Sekolah Tertua Daerah Hulu Langat

Dulu Dusun Kini Taman

SMK Kajang Utama