Diari Hari Ini
Hari raya masih dirasakan lagi. Dan Jumaat ini USIM akan mengadakan hari raya buat pelajar SPADA angkatan 2008. Hari ini Prof.Madya Dr.Zaidi Hajazi masuk ke kelas kami. Beliau berikan syarahan sulung selama 3 jam. 12 minggu dari sekarang semester dua akan berakhir. 10 minggu dari sekarang, setiap orang dari kami perlu menghantar satu hasilan kreatif berkaitan isu-isu penyalahgunaan dadah sebanyak 20 halaman.
Habis masa Prof. Zaidi, En.Halim. selaku bos masuk. 2 orang diminta ke Sabah secepatnya untuk merundingkan program 20 November ini. ASP Nadzir dan En.Razif (Pen.Pengarah AADK Bahagian Antarabangsa di tugaskan ke sana).
Comments