ALANGKAH SINGKATNYA HIDUP INI
Kepada sahabatku yang mengenali mereka berdua ini. Hari ini ada 2 berita kematian, beliau ialah Fadli Ramli, berasal dari Perak, belajar di IAIN Ar-Raniry Banda Aceh, isterinya warga Aceh, telah kembali sahabat kita seorang demi seorang menemui Tuhannya, hanya tinggal kita beberapa orang saja lagi. Kini Ramadhan menjelma, ayuh, kita gemblengkan usaha mengikis segala dosa lalu kiranya masih ada. Semoga kita pulang dengan pengampunanNya.
Tengah harinya pula berita meninggalnya Ustaz Asri Rabbani. Al-Fatihah buat mereka semua. Dan malam ini pula, berita pemergian anak Puan Afidah, guru tahun 6, yang baru melahirkan Khamis lepas. Al-Fatihah. Semoga bersabar pada yang masih ada. Kita juga akan ke sana...bersiap-siaplah semua dengan bekalan taqwa.
Wa tazawwaduu..
Comments