Hubungan antara Kaunselor dan Ilmu

Antara Tanggungjawab Seorang Kaunselor di sekolah ialah menumbuh rasa cinta murid pada "ILMU" dan rasa hormat yang mendalam pada "Guru" yang mencurahkan ILMU. Hubungan antara Guru dan Ilmu sangat berkait rapat, bagaikan dua sisi mata wang syiling.

Keberkatan akan datang apabila murid mempunyai rasa hormat pada guru, walaupun murid itu berbangsa India atau Cina dan sebagainya. Sekalipun dia tidak beragama ISLAM, tidak berdoa, tidak baca Yasin, dia boleh LULUS bahkan Cemerlang. Baca Yasin dan Sholat ataupun mana-mana amalan spiritual adalah tanggungjawab antara khalik dengan Makhluk nya. Tidak menjadi jaminan akan cemerlang dalam dunia.Doa-doa itu hanyalah pengharapan dan tanda kehambaan seseorang insan.

Saya pernah jumpa seorang ayah yang berniaga buah dipasar malam, berasal dari Indonesia, saya tahu sangat dia tidak pernah solat kalau waktu berniaga, tetapi anaknya mendapat 5A dalam UPSR. Dengan bangga dia sebutkan pada saya.Ternyata hubungan agama atara si ayah dan ibu pun bukan jaminan untuk lulus atau gagal.

Masalah yang berlaku disekolah menengah yang sangat memeningkan kepala sang guru ialah,apabila ada antara murid yang disifatkan sebagai keras kepala, tidak dengar cakap guru, bersembang bila kita berceramah, menyakiti guru dengan perbuatannya. Ini adalah masalah pelajar itu sendiri TIDAK MENGENALI SIAPA DIRINYA. Jikalah dia tahu, bahawa kematian akan mendatanginya, dan segala kehebatan dirinya akan punah begitu saja bagaikan ditiup angin, apakah dia mahu tonjol kehebatannya yang tidak ke mana itu?

So,inilah peranan dan tanggungjawab guru kaunselor, mengubati penyakit hati pada murid tersebut. Banyakkan memberi peringatan pada mereka bahawa hidup ini sementara, sehebat apapun manusia tidak kemana, sebutir pasir masuk ke matanya ketika mengederai motor, sudah mampu membuat dia terjatuh dan mati, seekor nyamuk menggigitnya pun sudah mampu membuat dia hilang nyawa dan sebutir batu kecil yang ada dalam kasutnya pun, sudah mampu membuat dia tidak enak.

Perihal kan pada nya cerita Namrud yang mati gara-gara seekor nyamuk yang masuk ke telinganya.Mana kehebatannya selama ini,mana harta dan askarnya, apakah mampu membantunya?

Bangkitkan kisah-kisah dalam kubur, peritnya azab dan sengsaranya ketika nyawa tercabut dari badan.Tayangkan mayat2 yang meninggal akibat membawa motor tak tentu hala. Nah, lihatlah... apa sudah jadi pada mereka.

Oleh itu,guru perlu meningkat ilmunya, dekatkan diri dengan Tuhan, yang tak ada Tuhan, carilah Tuhan, tenangkan dirimu,hadapi semua ini dengan niat amal ibadah untuk memodifakasi perangai manusia yang telah hancur akibat kehilangan permata agama yang sangat bernilai dalam hidupnya.

Selamat Bekerja

Comments

Popular posts from this blog

SK Dusun Tua, Sekolah Tertua Daerah Hulu Langat

Dulu Dusun Kini Taman

SMK Kajang Utama